Tuesday, October 19, 2010

Namanya manusia... lebih suka mencela dari membela...

Salam 1Malaysia..

Orang kata x kenal maka x cinta.. dah bercinta tiba masa berumahtangga..

Kalaulah semua orang jaga 'rumah' dan 'tangga' masing2, rasa2nya xkan ada kes2 fitnah, kes mengumpat, kes menjatuhkan air muka orang dan yg sewaktu dengannya.. Walaupun kes2 mcm ni jarang dibicarakan di Mahkamah (Pendakwaraya pun xda masa nak layan kes2 ni), tapi kesan pesalah2 ni dalam masyarakat cukup besar..

Baru nak bukak pintu kedai nak berniaga, orang dah kata: "Hai boleh berjaya ke si polan bin si polan tu".. Baru nak beli rumah yang selesa dan besar, orang dah kata: "Tu xlain duit rasuah lah tu"... Baru nak mencapap sikit (bahasa kasar pesalah2 ni utk org yg nak mengembangkan potensi diri), orang dah kata: "Hai.. ada hati si polan bin polan tu nak rebut jawatan tu? mengaji alif ba ta pun x abis"...

Jadi, benarlah org pernah kata: Selagi belum tutup mata, mengata...mengata..mengata... Pelik dan ajaib budaya ni yg diperkenalkan pesalah2 tersebut.. Ironinya, kesan dan impak kpd moral, masyarakat, kemajuan negara... Lu pikirlah sendiri... Pandanglah ke depan.. ke jalan yang lurus...
Janganlah jadi manusia yang hanya suka mencela.. daripada membela...

Wassalam...

Sunday, October 3, 2010

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin ku nyatakan ialah warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit. Yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi aku bertembung dengan kakak Lim di pasar. Kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan. Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!


Emelkan cerita suka & duka anda : dukasukablog@yahoo.com

Wednesday, September 29, 2010

Ibubapa Bukan Liabiliti

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...." Ada duit? Minta ayah sedikit.."Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukarditembak reaksinya." Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek."Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota, di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untukdiberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan sentiasa memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri."Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya." Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak."Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetapdiselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya?:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itusebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya." Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.

"Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

(Nukilan : Pahrol)

Emelkan cerita suka & duka : dukasukablog@yahoo.com

Tuesday, September 21, 2010

Gantung Tak Bertali

Salam...

Pertama sekali, saya amat teruja dgn blog mcm ni.. blog ni bagi peluang kpd kita nak luahkan perasaan tanpa perlu nak beritahu nama sebenar.. sbb kalau reveal nama sebenar dah macam membuka keaiban sendiri pulak..

Apa yang saya nak kongsi kat sini tentang apa yg berlaku pada diri saya selama bertahun2... saya dah melalui alam perkahwinan sebanyak 2 kali.. perkahwinan yg pertama saya kira bahagia sbb suami yg amat menyayangi dan memahami.. namun nasib tak menyebelahi kami kerana tak dikurniakan zuriat.. bila suami mintak izin nak kawin lain, saya pun mintak dilepaskan walaupun hati berat sbb masih sayangkan dia.. tp sbb saya tak boleh menerima madu, saya tetap dgn pendirian sy minta dilepaskan.. namun selepas itu kami tetap berkawan baik hingga la bekas suami dan isteri baru dikurniakan anak.. then, saya ambil keputusan menjauhkan diri sbb xnak ganggu kebahagiaan mereka...

Selepas beberapa tahun... saya dikurniakan jodoh sekali lagi.. kali ni dgn pemuda yg jauh lebih muda dr saya... sebelum berkahwin, saya berterus terang dgn dia yg saya x mampu nak lahirkan zuriat utknya... tp dia kate dia terima sy dgn hati terbuka... dia kate terpikat dgn peribadi sy.. saya boleh terpengaruh dgn pujukan dia.. iyela, hati perempuan ni selalu terasa sunyi sbb dah biasa ada teman... saya pun terima dia sbg pasangan hidup...

Rupa2 nya...impian tinggal mimpi je... start dr awal perkahwinan, dia dah mula kongkong saya.. dia x bg saya keluar rumah selain dr pergi kerja... jumpa sepupu malah adik beradik sendiri pun dia x kasi... sampaikan ayah saya yang duduk serumah dgn kami pun dihalaunya (lps bercerai dgn suami pertama sy duduk dgn ayah sy)... mula2 sy rasa bingung dgn ape yg dia buat... sbb dia seolah2 mcm nak memutuskan silaturrahim sy dgn keluarga sendiri... akhirnya baru saya tau yg suami baru ni cuma tau nak memerah duit gaji sy je... lepas beberapa thn kahwin, dia berenti kerja... lps tu, satu persatu perangai buruk dia keluar.. mabuk, panas baran, dan mcm2 lagi... selama ni ape yg sy tgk di drama tv rupanya btl2 jadi kat diri saya...

skrg ni... dh berbulan2 dia x blk ke rumah... sy pun konpius dgn ape yg dia nak dr sy lagi sebenarnya... sy dah pernah mintak dia ceraikan sy... tp xde respons dr dia... sampai ke hari ni, sy masih lagi takut nak keluar rumah, takut nak keluar rumah dan mcm2 lagi perasaan yg ada.. konpius, bingung semuanya ada...

kpd yg lain, saya harap jgn la terlalu tergopoh2 memilih teman hidup... pilihla teman hidup anda kerana Allah s.w.t..

sekian....



Emel cerita suka & duka : dukasukablog@yahoo.com

Friday, September 17, 2010

Salam Pengenalan...

Salam....

Alhamdulillah... bersyukur ke hadratNya kerana mencetuskan idea untuk menghasilkan blog serupa ini....

Untuk makluman semua, blog yg baru diwujudkan ini bertujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak kisah suka & duka untuk tatapan semua... Bukan untuk memburukkan keadaan atau apa jua... sekadar memberi ruang pembaca berkongsi kisah, pengalaman dan apa jua kisah suka & duka sepanjang hidup...

Kami berharap agar pembaca dapat berkongsi kisah suka dan duka anda tidak kira yg lucu, sedih, gembira, happy ending, sad ending dengan menghantar cerita2 tersebut ke alamat e-mel : dukasukablog@yahoo.com.... cerita2 anda tidak akan diubah sebagaimana yg dihantar melainkan ia ada menyentuh sensitiviti kaum, agama dan negara yg terpaksa ditapis oleh pihak dukasukablog.. Kami di dukasukablog lebih menggalakkan agar pengirim cerita menggunakan nama samaran kerana apa yg penting dalam blog ini adalah bukan siapa yg menghantar cerita tetapi apa kandungan cerita dan moral disebaliknya..

Kami amat berharap agar cerita yang dikirimkan adalah berdasarkan cerita yg benar2 terjadi sama ada melalui pengalaman sendiri ataupun org lain.. Sekiranya terdapat cerita yg agak meragukan kebenarannya, pihak dukasukablog terpaksa utk tidak menyiarkan cerita tersebut.. Pengirim bebas menggunakan bahasa sendiri mengikut keselesaan masing2 tanpa perlu mengikut ayat berbunga2 seperti dalam cerpen... hehe.. Pengirim juga boleh menggunakan loghat masing2 spt Pantai Timur, N9, Utara dsb dalam penceritaan..

Akhir kata, kami di dukasukablog memohon maaf sekiranya penampilan blog ini tidak secantik dan seindah blog2 yg lain kerana apa yg penting adalah kandungan cerita di dalamnya... InsyaAllah blog ini akan diperelokkan dari masa ke masa.. Semoga blog ini dapat memberi senyuman yang manis dan pengalaman berharga kepada anda semua...

Terima kasih daripada.........K.A.M.O.S






Emel cerita suka & duka : dukasukablog@yahoo.com