Wednesday, September 29, 2010

Ibubapa Bukan Liabiliti

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...." Ada duit? Minta ayah sedikit.."Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukarditembak reaksinya." Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek."Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota, di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untukdiberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan sentiasa memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri."Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya." Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak."Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetapdiselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya?:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itusebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya." Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.

"Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

(Nukilan : Pahrol)

Emelkan cerita suka & duka : dukasukablog@yahoo.com

Tuesday, September 21, 2010

Gantung Tak Bertali

Salam...

Pertama sekali, saya amat teruja dgn blog mcm ni.. blog ni bagi peluang kpd kita nak luahkan perasaan tanpa perlu nak beritahu nama sebenar.. sbb kalau reveal nama sebenar dah macam membuka keaiban sendiri pulak..

Apa yang saya nak kongsi kat sini tentang apa yg berlaku pada diri saya selama bertahun2... saya dah melalui alam perkahwinan sebanyak 2 kali.. perkahwinan yg pertama saya kira bahagia sbb suami yg amat menyayangi dan memahami.. namun nasib tak menyebelahi kami kerana tak dikurniakan zuriat.. bila suami mintak izin nak kawin lain, saya pun mintak dilepaskan walaupun hati berat sbb masih sayangkan dia.. tp sbb saya tak boleh menerima madu, saya tetap dgn pendirian sy minta dilepaskan.. namun selepas itu kami tetap berkawan baik hingga la bekas suami dan isteri baru dikurniakan anak.. then, saya ambil keputusan menjauhkan diri sbb xnak ganggu kebahagiaan mereka...

Selepas beberapa tahun... saya dikurniakan jodoh sekali lagi.. kali ni dgn pemuda yg jauh lebih muda dr saya... sebelum berkahwin, saya berterus terang dgn dia yg saya x mampu nak lahirkan zuriat utknya... tp dia kate dia terima sy dgn hati terbuka... dia kate terpikat dgn peribadi sy.. saya boleh terpengaruh dgn pujukan dia.. iyela, hati perempuan ni selalu terasa sunyi sbb dah biasa ada teman... saya pun terima dia sbg pasangan hidup...

Rupa2 nya...impian tinggal mimpi je... start dr awal perkahwinan, dia dah mula kongkong saya.. dia x bg saya keluar rumah selain dr pergi kerja... jumpa sepupu malah adik beradik sendiri pun dia x kasi... sampaikan ayah saya yang duduk serumah dgn kami pun dihalaunya (lps bercerai dgn suami pertama sy duduk dgn ayah sy)... mula2 sy rasa bingung dgn ape yg dia buat... sbb dia seolah2 mcm nak memutuskan silaturrahim sy dgn keluarga sendiri... akhirnya baru saya tau yg suami baru ni cuma tau nak memerah duit gaji sy je... lepas beberapa thn kahwin, dia berenti kerja... lps tu, satu persatu perangai buruk dia keluar.. mabuk, panas baran, dan mcm2 lagi... selama ni ape yg sy tgk di drama tv rupanya btl2 jadi kat diri saya...

skrg ni... dh berbulan2 dia x blk ke rumah... sy pun konpius dgn ape yg dia nak dr sy lagi sebenarnya... sy dah pernah mintak dia ceraikan sy... tp xde respons dr dia... sampai ke hari ni, sy masih lagi takut nak keluar rumah, takut nak keluar rumah dan mcm2 lagi perasaan yg ada.. konpius, bingung semuanya ada...

kpd yg lain, saya harap jgn la terlalu tergopoh2 memilih teman hidup... pilihla teman hidup anda kerana Allah s.w.t..

sekian....



Emel cerita suka & duka : dukasukablog@yahoo.com

Friday, September 17, 2010

Salam Pengenalan...

Salam....

Alhamdulillah... bersyukur ke hadratNya kerana mencetuskan idea untuk menghasilkan blog serupa ini....

Untuk makluman semua, blog yg baru diwujudkan ini bertujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak kisah suka & duka untuk tatapan semua... Bukan untuk memburukkan keadaan atau apa jua... sekadar memberi ruang pembaca berkongsi kisah, pengalaman dan apa jua kisah suka & duka sepanjang hidup...

Kami berharap agar pembaca dapat berkongsi kisah suka dan duka anda tidak kira yg lucu, sedih, gembira, happy ending, sad ending dengan menghantar cerita2 tersebut ke alamat e-mel : dukasukablog@yahoo.com.... cerita2 anda tidak akan diubah sebagaimana yg dihantar melainkan ia ada menyentuh sensitiviti kaum, agama dan negara yg terpaksa ditapis oleh pihak dukasukablog.. Kami di dukasukablog lebih menggalakkan agar pengirim cerita menggunakan nama samaran kerana apa yg penting dalam blog ini adalah bukan siapa yg menghantar cerita tetapi apa kandungan cerita dan moral disebaliknya..

Kami amat berharap agar cerita yang dikirimkan adalah berdasarkan cerita yg benar2 terjadi sama ada melalui pengalaman sendiri ataupun org lain.. Sekiranya terdapat cerita yg agak meragukan kebenarannya, pihak dukasukablog terpaksa utk tidak menyiarkan cerita tersebut.. Pengirim bebas menggunakan bahasa sendiri mengikut keselesaan masing2 tanpa perlu mengikut ayat berbunga2 seperti dalam cerpen... hehe.. Pengirim juga boleh menggunakan loghat masing2 spt Pantai Timur, N9, Utara dsb dalam penceritaan..

Akhir kata, kami di dukasukablog memohon maaf sekiranya penampilan blog ini tidak secantik dan seindah blog2 yg lain kerana apa yg penting adalah kandungan cerita di dalamnya... InsyaAllah blog ini akan diperelokkan dari masa ke masa.. Semoga blog ini dapat memberi senyuman yang manis dan pengalaman berharga kepada anda semua...

Terima kasih daripada.........K.A.M.O.S






Emel cerita suka & duka : dukasukablog@yahoo.com